My Add

Friday, 25 November 2011

19 maut serangan bom di pasar di Iraq, 50 di Syria


POLIS mengawal lokasi kejadian serangan bom di Basra, 550 kilometer tenggara Baghdad, Iraq, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, kira-kira 19 terbunuh dan 65 cedera selepas tiga bom yang diletakkan di kawasan pasar harian Basra itu meletup serentak. - Foto AP


BASRA, JUMAAT, 25 November, 2011: 
KKIRA-KIRA 19 terbunuh apabila tiga bom meletup serentak di Basra, bandar pelabuhan di selatan Iraq, semalam dengan yang maut termasuk pegawai tertinggi tentera dan pegawai polis. 

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 65 orang dilaporkan cedera.

Bom yang diletakkan di jalan dan dibawa penunggang motosikal itu meletup serentak jam 6.40 petang waktu tempatan di pasar harian Basra, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Pegawai tertinggi tentera yang terbunuh adalah seorang komander briged. 

Ketua Direktorat Kesihatan Basra, Riyadh Abdelamir memberitahu, 19 maut manakala 65 cedera akibat letupan itu. 

Sementara itu AFP melaporkan dari NICOSIA, sekurang-kurangnya 23 anggota keselamatan Syria dan 15 aktivis maut dalam pertempuran terbaru yang tercetus semalam yang kebanyakannya berlaku di Wilayah Homs. 

Pertempuran itu turut membabitkan 13 orang awam terkorban.
“Seramai 11 askar dan anggota keselamatan lain terbunuh dalam pertempuran dengan puak penentang dari padang pasir di bandar Huleh," kata seorang akvitis pemerhati hak asasi.

Aktivis itu mendakwa anggota pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 12 orang awam di wilayah tengah Syria itu termasuk tiga di Bayyada yang berhampiran bandar Homs.


No comments:

Post a Comment