My Add

Friday, 6 January 2012

Majoriti penuntut IPT tolak demonstrasi jalanan - Mustapa

KOTA BHARU, JUMAAT, 06 Januari, 2012: atoteiMajoriti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini menolak demonstrasi jalanan dan sentiasa menyokong kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara aman serta harmoni, kata bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata penuntut yang cuba menghuru-harakan negara serta membiarkan diri mereka dipergunakan parti politik tertentu, hanyalah daripada kumpulan kecil.

"Selaku bekas Menteri Pengajian Tinggi, saya nasihatkan mereka supaya beradab, tertib dan bersopan kerana banyak saluran untuk kita nyatakan pandangan tetapi salurannya bukan jalan raya, salurannya bukan untuk diperkudakan oleh pihak tertentu.

"Salurannya ialah kita jumpa menteri, kita jumpa kerajaan, pintu kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, kita (kerajaan) bukan kuku besi, kita bukan autokratik tapi kita negara demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas bertemu kira-kira 200 penuntut IPT di Kelantan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dan sentiasa mendengar rintihan penuntut serta membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi, termasuk sedia meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Kerajaan sentiasa berkompromi dengan pelajar,” katanya sambil melahirkan rasa terharu terhadap sokongan penuntut IPT di Kelantan kepada kerajaan.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, menasihati penuntut serta orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur Isnin ini.

Perhimpunan itu, katanya, boleh mencetuskan huru-hara dalam negara dan akan menjejaskan ekonomi serta merugikan semua pihak yang cintakan keamanan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment