*OMAR Mohamed (tengah) menyerahkan memorandum berhubung bacaan doa seorang khatib untuk menggulingkan kerajaan kepada Rizal Kamis (kiri) di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Malinda Abdul Malik
PULAU PINANG, SELASA, 26 Jun, 2012: Beberapa ahli kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berhubung dakwaan seorang khatib membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di masjid itu Jumaat lalu.
Ahli kariah masjid itu, Omar Mohamed berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan memohon dijalankan siasatan terhadap khatib jemputan tersebut kerana tindakannya menyinggung perasaan umat Islam di kawasan terbabit. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment