Harga hartanah Talam melonjak dipersoal
PETALING JAYA, RABU, 17 Oktober, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim digesa membuat penjelasan bagaimana harga penilaian tanah-tanah milik Talam Corporation (Talam) yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bernilai RM90.875 juta boleh melonjak empat kali ganda kepada lebih RM391.986 juta.
Pada masa sama, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menuntut Abdul Khalid menjelaskan bagaimana tanda tangan Menteri Besar itu diturunkan dalam surat pengambilan hutang Talam sebanyak RM391.986 juta kepada tiga anak syarikat kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Lebih menghairankan, katanya, surat pengesahan hutang Talam untuk diambil alih oleh tiga anak syarikat itu ditandatangani pada 3 November 2009.
"Sedangkan kertas cadangan pengiktirafan hutang Talam kepada Kumpulan Hartanah Selangor Bhd., Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. bertarikh 2 November 2009,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. mi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment