Hasan diminta henti keluarkan sebarang komen mengenai Pas
KOTA BHARU, AHAD, 14 Oktober, 2012: Pas Kelantan meminta bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali berhenti daripada mengeluarkan sebarang komen mengenai Pas kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hanya ahli Pas yang faham keperluan parti itu dan pihak luar tidak perlu campur tangan.
"Pasal Hasan saya tidak berhasrat untuk komen. Dia bukan ahli parti, yang penting sekarang orang Pas sendiri tahu keperluan parti ini.
"UMNO sendiri perlukan MCA dan MIC, mereka tidak menang sendiri, dulu Perikatan sekarang Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Amar yang juga Exco Kelantan mengulas kenyataan Hasan yang meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment