My Add

Tuesday, 2 October 2012

Kaji wajib insurans kesihatan

*DONALD Lim Siang Chai (tengah) memegang bola
kristal bagi menandakan perasmian Sidang Kemuncak
 Insurans Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Kerajaan mengkaji mewajibkan semua penduduk Malaysia mempunyai insurans kesihatan pada masa depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, Institut Insurans Malaysia (MII) diminta untuk menjalankan penyelidikan terhadap cadangan tersebut.

''Memandangkan pada masa ini tiada sebarang peraturan yang mewajibkan individu mempunyai insurans kesihatan, mungkin MII boleh menjalankan penyelidikan bagi sektor tersebut.

''Mungkin mereka boleh melihat sistem yang telah dilakukan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat contohnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 (MIS 2012) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment