Tuesday, 16 October 2012

Raja Muda Perlis saran M'sia-Peru promosi pelancongan bersama

KANGAR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru wajar dipertingkat terutama menerusi kerjasama dalam sektor pelancongan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda kedua-dua negara memiliki keunikan tersendiri yang boleh dipromosi bersama.

"Pada masa sama, pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam pelbagai bidang juga harus dipertingkat," titah baginda di sini malam tadi.

Untuk tujuan itu titah Tuanku Syed Faizuddin, lawatan pemimpin negara dan juga sektor bukan kerajaan antara kedua-dua negara harus dipertingkat bagi meneroka potensi yang ada.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan pameran "Odyssey: Perlis to Machu Picchu". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment