Sunday, 27 January 2013

2,121 penari lakar sejarah dalam MBOR

 
*SEBAHAGIAN pengunjung berkumpul di hadapan pentas untuk menarikan tarian flash mob gangnam style bagi mencipta rekod Malaysia Book Of Records di Lost World of Tambun, Ipoh, semalam.

IPOH, SABTU, 26 Januari, 2013: Seramai 2,121 pengunjung Lost World of Tambun (LWOT) yang menarikan tarian flash mob gangnam style hari ini melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas diiktiraf sebagai peserta paling ramai menyertai persembahan itu.

Program anjuran bersama Astro melalui program kesetiaan pelanggannya iaitu Astro Circle dan taman tema berkenaan, pengunjung memecahkan rekod yang dipegang oleh 1,111 mahasiswa dan staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebelum ini.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi kepada Pembantu Naib Presiden Astro Circle, Pearly Ong dan disaksikan Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment