Tuesday, 2 April 2013

AS hantar kapal pemusnah ke perairan Korea

WASHINGTON, SELASA, 02 April, 2013: Amerika Syarikat (AS) terus menempatkan aset ketenteraannya berhampiran Korea Utara dengan menghantar kapal pemusnah yang mampu memintas dan menembak roket.

Kapal pemusnah USS Fitzgerald dilaporkan meneruskan pelayaran ke Semenanjung Korea berbanding sepatutnya ke pangkalan AS di Jepun bagi menyertai latihan tahunan tentera bersama AS-Korea Selatan.

Pegawai AS berkata, penghantaran USS Fitzgerald adalah diperlukan bagi menawarkan pilihan dalam menangkis serangan misil. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment