Tuesday, 2 April 2013

ICA Singapura tingkat kerjasama antara agensi di sempadan negara

SINGAPURA, SELASA, 02 April, 2013: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) akan meningkatkan kerjasama antara agensi di sempadan negara.

Televisyen tempatan, Channel NewsAsia melaporkan untuk tujuan itu ICA sedang membangunkan Pusat Operasi Bersepadu yang akan meningkatkan lagi keupayaan perintah, kawalan dan komunikasi di pusat pemeriksaan.

Ia akan dihubungkan dengan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang lain seperti pasukan polis untuk penyelarasan dan memberikan respons segera kepada insiden yang berlaku di pusat pemeriksaan.

Pusat itu akan menggunakan teknologi canggih untuk meningkatkan pemantauan pegawai terhadap keadaan di lapangan.

Perkara itu diumumkan pada Isnin sempena ulang tahun ke-10 ICA. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment