Kumpulan militan kepung Kementerian Luar Libya
TRIPOLI, ISNIN, 29 April, 2013: Sekumpulan lelaki bersenjata mengepung bangunan Kementerian Luar Libya semalam bagi mendesak satu undang-undang diluluskan untuk melarang mana-mana pegawai yang pernah berkhidmat dengan bekas pemimpin, Muammar Gaddafi daripada bertugas dalam kerajaan baharu negara ini.
Kira-kira 20 trak yang dilengkapi senjata antipesawat digunakan untuk menghalang jalan dan sekumpulan lelaki bersenjatakan rifel AK-47 mengawal trafik di sekitar bangunan itu.
Kementerian Luar Libya menjadi sasaran kumpulan militan tersebut disebabkan beberapa pegawai di kementerian itu pernah berkhidmat untuk Muammar. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment