13 GRO `Bar Korek ditahan dalam operasi
PERMATANG PAUH, RABU, 29 Mei, 2013: Tiga wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah dekat Georgetown sanggup terjun dari tingkat satu premis itu ketika hujan lebat bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen malam tadi.
Mereka bagaimanapun gagal melarikan diri dalam serbuan itu yang disertai sepasukan 19 anggota Imigresen kira-kira pukul 10 malam di pusat hiburan yang lebih dikenali sebagai `Bar Korek itu.
Selain tiga wanita itu, 10 lagi rakan mereka berjaya ditahan dalam serbuan Ops Sayang kerana didapati melanggar syarat pas dan hanya memiliki pas lawatan sosial, manakala empat lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya.
Pusat hiburan itu pernah dua kali diserbu tahun lalu namun mereka masih menyediakan khidmat GRO warga asing yang berpakaian seksi.
Enam wanita asing itu merupakan warga China dengan empat daripada mereka menggunakan pas lawatan sosial manakala dua lagi tiada dokumen pengenalan diri. Selain mereka, tujuh warga Vietnam lima daripadanya menggunakan pas lawatan sosial manakala dua lagi tiada dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Seberang Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment