Tuesday, 28 May 2013

23 mangsa bot ekpres karam belum ditemui - Polis

BELAGA, SELASA, 28 Mei, 2013: Seramai 23 mangsa tragedi bot ekspres karam di Sungai Rejang masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu memberitahu setakat petang ini seramai 181 orang mangsa telah diselamatkan.

"Setakat ini masih belum ada mayat yang ditemui," katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Jumlah penumpang bot seramai 204 orang itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana kapasiti maksimum yang dibenarkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) hanyalah 74 orang.

Jumlah muatan lebih sekali ganda itu adalah kerana permintaan yang tinggi berikutan sambutan Hari Gawai Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment