Tuesday, 28 May 2013

Anugerah Lawak khusus untuk bidang komedi diperkenal

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Industri hiburan tanah air bakal dimeriahkan dengan kewujudan sebuah lagi anugerah yang bertujuan untuk menghargai individu dan produksi yang terlibat dalam bidang komedi.

Anugerah Lawak Warna 2013 terbuka kepada program atau persembahan yang bersiaran di Malaysia bermula pada 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2013.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, Astro Warna komited dalam usaha mereka untuk mengangkat martabat komedi di negara ini.

"Semenjak saluran ini ditubuhkan beberapa tahun lalu, kami komited dan sentiasa muncul dengan idea baru," katanya sewaktu sidang akhbar anugerah tersebut di sini hari ini.

Anugerah itu bakal diadakan pada 16 Ogos 2013 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya dan mempertaruhkan 21 kategori. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment