![]() |
*GAMBAR diambil dari sedutan video, merakamkan sekumpulan doktor dan anggota bomba memotong saluran paip kumbahan bagi menyelamatkan seorang bayi yang dibuang ibunya di Jinhua, wilayah Zhejiang, China, pada 25 Mei lalu. - REUTERS |
Insiden yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai dalam media sosial itu, berlaku di sebuah bangunan kediaman di Jinhua, wilayah Zhejiang pada Sabtu lalu selepas penduduk melaporkan terdengar bunyi bayi menangis.
Anggota bomba terpaksa memotong paip kumbahan yang terletak di bawah mangkuk tandas itu dan membawa potongan paip tersebut ke hospital berhampiran sebelum pasukan doktor secara perlahan-lahan mengeluarkan bayi yang tersepit itu.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan polis sedang mencari ibu bapanya.
Insiden itu secara meluas dibincangkan di laman sembang sosial China, Sina Weibo selepas gambar bayi itu yang tersepit di dalam saluran paip tersebar disiarkan.
Orang ramai turut menuntut supaya ibu bapa bayi itu dikenakan hukuman berat.
"Mereka yang melakukan perbuatan keji ini mempunyai hati yang lebih kotor daripada paip saluran kumbahan," tulis seorang pengguna. - REUTERS/UTUSAN

No comments:
Post a Comment