Tuesday, 28 May 2013

Guru silat, anak lelaki parah ditetak kumpulan samun

ALOR SETAR, 28 Mei, 2013 : Seorang guru silat dan anak lelakinya berusia 18 tahun parah ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang selepas cuba membantu pemilik kedai input pertanian yang juga jirannya dalam kejadian samun di Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Abdul Rahman Hashim, 51, dilapor kritikal selepas ditetak di kepala dan tangan kanan, manakala anaknya, Mohd Iqbal, cedera di muka, kepala dan kedua-dua tangan.

Mangsa dikatakan bergelut dengan kumpulan penjenayah itu kira-kira jam 6 pagi. - BH

No comments:

Post a Comment