My Add

Wednesday, 29 May 2013

India-Jepun bekerjasama dalam keselamatan maritim

TOKYO, RABU, 29 Mei, 2013: India dan Jepun berkongsi kepentingan strategik dalam mengembangkan kerjasama menerusi keselamatan maritim dan menggalakkan kestabilan serantau, kata Perdana Menteri India, Manmohan Singh hari ini.

Berkata dalam lawatan ke Jepun selama empat hari yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dua hala, Singh berkata, ia bagi memastikan bahawa laluan laut kekal terbuka dan bebas untuk kemakmuran rantau itu, memandangkan kebergantungan kepada import minyak dari Timur Tengah.

"Hubungan India dengan Jepun adalah penting bukan saja untuk pembangunan ekonomi kita, tetapi juga kerana kita lihat Jepun sebagai rakan semula jadi dan penting dalam usaha kami untuk kestabilan dan keamanan di rantau ini," kata Singh dalam satu ucapan di sini. - AP/BH

No comments:

Post a Comment