Kapal nelayan Jepun terbakar, 18 anak kapal selamat
LIMA, RABU, 29 Mei, 2013: Sebuah kapal nelayan Jepun terbakar berdekatan pantai bandar pelabuhan Peru, El Callao dan semua 18 anak kapalnya terselamat, kata Tentera Laut Peru hari ini.
"Kebakaran dilaporkan awal pagi kelmarin di atas bot nelayan Jepun, Kenyo Maru-58 dan semakin berkurangan semalam," kata jurucakap tentera, Fernando Valeriano.
"Kesemua 18 anak kapal terselamat. Mereka dalam keadaan baik hasil tindakan pantas bot peronda kami yang bergegas memberi bantuan," katanya.
Bot itu ditunda ke kawasan yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat kebocoran toksid tetapi setakat ini tiada laporan tumpahan bahan itu. - AFP/BH
No comments:
Post a Comment