Wednesday, 29 May 2013

Mayat remaja perempuan ditemui di tapak pembuangan sampah

MELAKA TENGAH, 29 Mei, 2013: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui mati di tapak pembuangan sampah berhampiran padang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek di sini, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mayat terbabit ditemui sekumpulan remaja yang terhidu bau busuk ketika bermain bola sepak di kawasan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, mayat yang hampir reput itu ditemui terlentang lengkap berbaju kurung merah jambu. - BH

No comments:

Post a Comment