My Add

Tuesday, 28 May 2013

MRA sambut baik kritikan Suu Kyi

MOHD RIDUAN SALLEH
 
 Dr Mohd Daud Sulaiman
SHAH ALAM, SELASA, 28 Mei, 2013: Malaysian Relief Agency (MRA) menyokong kritikan Aung San Suu Kyi terhadap Kerajaan Myanmar yang mahu mengehadkan bilangan anak terhadap etnik Rohingya di negara itu.

Setiausaha MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, tindakan Suu Kyi menyuarakan hak asasi etnik Rohingya adalah permulaan yang positif berbanding mengambil pendirian berkecuali sebelum ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan sekiranya pemansuhan dasar ini berjaya, tidak bermakna pada masa yang sama anak mereka masih dinafikan hak kewarganegaraannya.

“Anak-anak ini perlu diberikan bantuan selayaknya dari segi hak mendapat pendidikan dan faedah lain," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut beliau, MRA tetap berdiri teguh di belakang resolusi yang dicapai pada Persidangan Gerakan NGO Islam yang mahu hak kemanusiaan dan kewarganegaraan etnik Rohingya dihormati.

Agensi media antarabangsa, BBC melaporkan, Suu Kyi telah mengkritik dasar dua anak yang akan dilaksanakan terhadap etnik itu.

Dalam laporan itu beliau menegaskan bahawa dasar ini jelas mencabuli hak asasi manusia dan merupakan satu bentuk diskriminasi.

Dalam pada itu, Sulaiman menambah, sebulan lalu pasukan bantuan MRA telah kembali dari Myanmar bagi misi mengagihkan bantuan kemanusiaan di daerah Sittwe yang berada dalam wilayah Rakhine.

Katanya, MRA juga dalam perancangan menyediakan bantuan perumahan dengan mengambil konsep rumah panjang yang akan dibangunkan di wilayah Rakhine kelak. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment