Tuesday, 28 May 2013

Pairin berkabung sehingga 30 Mei

TAMBUNAN, SELASA, 28 Mei, 2013: Adik kedua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan iaitu mendiang Petrus Paimil, 71, yang meninggal dunia Sabtu lalu telah dikebumikan di tanah perkuburan gereja St.Theresa di sini semalam.

Mendiang meninggal dunia akibat sakit tua. Dalam majlis itu, Pairin yang juga Menteri Infrastruktur merangkap Wakil Rakyat Tambunan, turut menerima salam takziah daripada orang ramai.

Yang turut hadir memberi penghormatan ialah dua Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), iaitu Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Alimudin Kaida.

Pairin dan keluarga akan berkabung sehingga monumpoli atau buka pantang pada 30 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment