Penjenayah gagal larikan mesin ATM
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Sekumpulan penjenayah gagal melarikan sejumlah wang dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Baru Subang dekat sini walaupun mesin tersebut telah ditarik keluar awal pagi ini.
Kejadian itu hanya disedari pada pukul 5.30 pagi dan kumpulan itu dikatakan cuba memecahkan mesin ATM itu selepas memotong wayar kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bank tersebut.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, seorang lelaki yang melalui kaki lima bank berkenaan terkejut setelah mendapati cermin hadapan bank itu pecah manakala sebuah mesin ATM berada di luar. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment