Tuesday, 28 May 2013

Permaisuri Agong terima menghadap Wanita Pertama Republik Mozambique

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013 : Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menerima menghadap Wanita Pertama Republik Mozambique, Maria Da Luz Guebuza di Istana Negara, di sini.

Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit.

Guebuza berada di Malaysia sempena Persidangan Global Women Deliver 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Persidangan selama tiga hari yang bermula hari ini dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persidangan ini disertai lebih 3,000 perwakilan dari 150 negara terdiri daripada penggubal dasar dan pemimpin dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment