Pesawat pejuang F-15 AS terhempas di Okinawa
TOKYO, SELASA, 28 Mei, 2013: Jet pejuang F-15 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas berhampiran selatan Pulau Okinawa, Jepun awal hari ini selepas mengalami kerosakan teknikal dalam pesawat terbabit.
Bagaimanapun, juruterbang berjaya menekan kerusi keselamatan dan menyelamatkan diri.
Pihak tentera berkata, pesawat terbabit dalam penerbangan dari Pangkalan Udara Kadena terhempas di Lautan Pasifik kira-kira 115 kilometer timur Okinawa.
Jurucakap Tentera Udara AS, Leftenan Kolonel David Honchul berkata, juruterbang dilaporkan selamat selepas anggota penyelamat AS dan Jepun melancarkan misi mencari.
Selepas keluar dari pesawat, juruterbang terbabit masih sempat berhubung dengan anggota penyelamat. - AP/BH
No comments:
Post a Comment