Shafie Nor

Tuesday, 28 May 2013

Polis jamin keselamatan, perubatan tahanan

WAN NASRAH ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis beri jaminan keselamatan dan perubatan kepada tahanan selama berada di lokap bagi mengelakkan insiden kematian mengejut seperti tahanan N Dharmendran, pada 21 Mei lalu, berulang.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, pihaknya telah membentuk jawatankuasa dan akan mewujudkan lebih banyak lokap berpusat bagi menjamin keselamatan banduan.

Katanya, lima lokap berpusat telah diwujudkan antaranya lokap berpusat Jinjang, lokap berpusat Shah Alam, lokap berpusat Indera Mahkota Kuantan, lokap berpusat Bayan Baru Pulau Pinang dan lokap berpusat Kota Kinabalu, Sabah.

"Kesemua lokap ini telah dilengkapkan kamera litar tertutup (CCTV) sistem interkom, ruang Black Maria, bilik peguam, bilik mahkamah, bilik kawalan, bilik kawad cam, bilik transit dan ruang makan.

"Selain itu, polis juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan tahanan yang dimasukkan dalam lokap dan memberikan perkhidmatan lawatan dari doktor perubatan sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Katanya, dengan kaedah-kaedah di lokap seperti pemeriksaan perubatan, lawatan pegawai perubatan, laporan sakit otak, laporan tahanan tidak layak dikurung adalah satu cara keselamatan terhadap semua tahanan di lokap.

Selain itu, beliau berkata, polis tidak akan melanjutkan tahanan reman di dalam lokap lebih dari 28 hari.

Katanya, polis juga akan mewujudkan lembaga pelawat dan juga lawatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan kebenaran pegawai lokap tidak lama lagi, bagi memantau keadaan keselamatan tahanan. - Sinar Harian
shafie at 16:29
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
shafie
SAYA dilahirkan di Kampong Sanglang, Kedah dalam tahun 1942. Bapa dan ibu adalah petani. Saya memulakan kerjaya sebagai pemberita sambilan lebih tiga tahun, kemudian sebagai pemberita tetap dengan akhbar Berita Harian (Jun 1966-1975 dan 1979-1982). Saya dilantik sebagai pegawai di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, mengetuai penerbitan akhbar Merdeka, sebagai Ketua Pengarang sehingga tahun 1988. Pernah menerbitkan akhbar mingguan Pelita Rakyat dan Pengarang Harian akhbar harian Watan. Antara buku yang dihasilkan termasuk: Mahathir: Cita-cita dan pencapaian {bersama Dr Harun Derauh) Dosa-Dosa Tengku Razaleigh. Mahathir-Harun: Rumah Rehat Anak Bukit Pekong Pas dan Mahathir dan Krisis.
View my complete profile
Powered by Blogger.