Suspek kes rempuh khemah kahwin diburu
KAMPAR, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis sedang memburu seorang penjenayah yang melarikan diri selepas merempuh khemah sebuah majlis perkahwinan sehingga mengakibatkan seorang bayi berusia 18 bulan terbunuh di Kampung Kopisan, Gopeng pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, C. S. Senguttuwan, 28, dari Taman Gopeng dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki yang turut berada dalam kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek.
Namun katanya, identiti lelaki itu belum dikenal pasti.
Kita percaya kedua-dua lelaki ini dapat membantu polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment