Wednesday, 29 May 2013

Tragedi bot karam: 11 masih hilang, 179 selamat

KUCHING, S=RABU, 29 Mei, 2013: Polis mengesahkan 11 orang masih hilang dalam kejadian bot ekspres karam di Sungai Rajang semalam dan 179 orang berjaya menyelamatkan diri.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

"Polis telah berjaya memperoleh senarai nama mangsa-mangsa yang terselamat dan kita sedang berusaha mengenal pasti jumlah sebenar penumpang bot tersebut kerana pengusaha bot ekspres berkenaan tidak mempunyai senarai nama penumpang.

"Berkenaan 11 mangsa yang hilang, polis belum mengetahui sama ada mereka berada di dalam bot yang karam itu atau telah hanyut ke hilir sungai," katanya.

Operasi bertumpu di Jeram Tukok/Jeram Bungan

BELAGA: Usaha mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres karam di Sungai Rajang semalam ditumpukan di sekitar kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan bermula 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Supritendan Bakar Sebau berkata, pihaknya berharap dapat menemui mangsa yang hilang dalam kejadian itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment