Wednesday, 29 May 2013

Trio angkasawan berlepas ke angkasa

 *(Dari kiri) Angkasawan dari Amerika Syarikat, Karen Nyberg, Fyodor Yurchikhin (Russia) dan Luca Parmitano (Itali) bersedia berlepas ke ruang angkasa menerusi roket Soyuz TMA-09M. - Foto AP
BAIKONUR (Kazakhstan): Trio angkasawan antarabangsa hari ini berlepas ke ruang angkasa menerusi roket Soyuz TMA-09M dari Stesen Angkasa Antarabangsa, Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. 

Misi enam bulan oleh angkasawan dari Amerika Syarikat, Karen Nyberg, Fyodor Yurchikhin (Russia) dan Luca Parmitano (Itali) itu akan bermula sebaik saja dok kapsul Soyuz sampai ke orbit lewat hari ini.

Roket Soyuz mengambil jalan pintas dengan mengurangkan waktu perjalanan dari dua hari kepada hanya enam jam ke destinasi. - AFP /BH

No comments:

Post a Comment