Friday, 28 June 2013

4 terbunuh serangan pengebom nekad di Damsyik

DAMSYIK, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Sekurang-kurangnya empat terbunuh apabila seorang penyerang nekad meletupkan diri di kawasan penganut Kristian di ibu negara Syria, hari ini.

Media tempatan melaporkan, pengebom nekad terbabit menyerang kawasan berhampiran gereja yang dimiliki puak Maronite dan membunuh empat orang.

Angka korban disahkan oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

“Seorang pengebom berani mati meletupkan diri di Damsyik mengorbankan empat nyawa dan mencederakan beberapa penduduk lain,” lapor rangkaian televisyen tempatan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment