Karpal Singh sifatkan cadangan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional langkah baik
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyifatkan cadangan mewujudkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah yang baik.
"Ini satu langkah yang baik dan harus dipertimbangkan, tapi itu terpulang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui BH Online di Parlimen, di sini, hari ini.
Cadangan penubuhan majlis itu bertujuan mencapai matlamat pendamaian yang dimahukan pembangkang dengan syarat mereka menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara muktamad. - BH
No comments:
Post a Comment