Thursday, 27 June 2013

Kes saman malu terhadap menteri dibicarakan 26 Ogos

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Kes saman malu seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan dikasari menteri tersebut hampir tujuh tahun lalu, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos depan.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menolak permohonan menteri berkenaan bagi mendapat kebenaran merayu.

Saman itu dikemukakan oleh Amir Bazli Abdullah, 41, selepas mendakwa ditumbuk di bahagian muka oleh Ahmad Zahid berhubung insiden yang mendakwa ahli perniagaan itu mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri berkenaan yang telah berkahwin. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment