Friday, 28 June 2013

Mahkamah jatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh Dirang

 MUIDIN Maidin ketika perbicaraan untuk membela 
diri di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru pada 14 Jun lalu.
 - Fot Zulkarnain Ahmad Tajuddin
 Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang. 

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu sleepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Ujian DNA mengesahkan rangka yang ditemui pada 8 Mac 2012 itu adalah Dirang dengan punca kematian akibat dibunuh dan dibakar. - BH

No comments:

Post a Comment