Thursday, 27 June 2013

Najib sambut baik pertimbangan UK tambah Biasiswa Chevening bagi pelajar kita

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyambut baik pertimbangan United Kingdom untuk menambah jumlah biasiswa Chevening bagi pelajar Malaysia.

"UK mempertimbangkan untuk menambah jumlah biasiswa Chevening bagi warga Malaysia. Sambut baik langkah buat pelajar yang bercadang melanjutkan pelajaran," katanya menerusi mesej tweet hari ini.

Semalam, Menteri di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel UK, Hugo Swire berkata peningkatan jumlah biasiswa itu merupakan cara yang amat baik untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang telah sedia akrab.

Beliau berkata Malaysia pada masa ini menjadi negara kedua dengan UK menaja jumlah terbesar pelajar bagi biasiswa berprestij itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment