Thursday, 27 June 2013

Pusat logistik tentera AS di Kyrgyzstan bakal ditutup

MOSCOW, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Amerika Syarikat (AS) bakal kehilangan sebuah pusat logistik tentera terpenting di Asia Tengah pada tahun depan, selepas Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev, semalam membatalkan perjanjian pajakan pangkalan tentera tersebut.

Almazbek menandatangani peraturan yang menolak perjanjian pajakan 2009, berkuatkuasa Julai tahun depan selepas Parlimen Kyrgyzstan meluluskan undang-undang berkenaan pada minggu lalu.

Pangkalan Udara Manas yang dilabel sebagai Pusat Transit, merupakan pusat logistik tentera AS bagi operasi mereka di Afghanistan sejak 2001.

Pada 2009, AS menandatangani perjanjian pajakan tahunan bernilai AS$60 juta (RM191.6 juta).

Perjanjian tersebut tamat tempoh pada tahun depan dan Kyrgyzstan berhak menolak untuk membaharui perjanjian itu. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment