Sindiket Fly By Nite tumpas, 3 lelaki ditangkap
Oleh ASLIZA MUSA
IPOH, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Satu sindiket dikenali sebagai Fly By Night yang menjadi dalang dalam 14 kes penipuan membabitkan wang sebanyak RM130,000 tumpas dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk perancang utama kumpulan tersebut dalam satu serbuan baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketua kumpulan sindiket berkenaan yang berusia 40 tahun dan dua rakannya masing-masing berumur 34 dan 60 tahun ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur, 17 Jun lalu.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek berjaya membawa kepada penemuan beberapa barang antaranya dokumen pendaftaran syarikat palsu, wang tunai RM2,073, dua telefon bimbit, satu buku cek dan sebuah alat timbang tayar. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment