My Add

Friday, 28 June 2013

Ugut bunuh PM Bangladesh, pensyarah dipenjara 6 bulan

DHAKA, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Seorang pensyarah universiti di Bangladesh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Sheikh Hasina dalam laman sosial Facebook.

Pendakwaraya, Tapash Kumar Pal berkata, pensyarah terbabit, Hafizur Rahman Rana, 28, didapati bersalah memfitnah dan mengancam untuk membunuh Hasina.

Bagaimanapun, Hafizur tiada di mahkamah ketika keputusan dibacakan kerana masih bersembunyi sejak beberapa bulan lalu selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment