Thursday, 27 June 2013

UMNO tubuh jawatankuasa daftar pemilih

 Shahiruddin Ab. Moin
RAUB, RABU, 26 Jun, 2013: UMNO Bahagian Raub akan menubuhkan Jawatankuasa khas Pendaftaran Pemilih bagi mendaftar individu berumur 21 tahun ke atas untuk melayakkan mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu bagi menyahut saranan Ketua Penerangan UMNO Pusat, Datuk Ahmad Maslan yang mengarahkan setiap Bahagian parti itu menubuhkan jawatankuasa tersebut.

Menurut beliau, jawatankuasa itu akan berfungsi sepenuh masa bagi mengesan mana-mana individu terbabit didaftarkan sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

"Penubuhan kawatankuasa ini amat relevan dalam membantu golongan muda mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melayakkan mereka mengundi nanti kerana ramai golongan berkenaan terutama kaum Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, individu yang telah mendaftar akan diberi penerangan dari semasa ke semasa tentang isu-isu negara supaya mereka dapat memahami dengan jelas.

Tambahnya, proses pendaftaran itu bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga melibatkan kaum Cina, India dan masyarakat Orang Asli yang layak.

Beliau mengakui jika proses pemilihan pengundi dibuat setahun atau hampir dengan pilihan raya umum nanti akan menimbulkan pelbagai masalah terutama daripada segi kemantapan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment