Monday, 2 September 2013

2, 433 PATI ditahan sepanjang Operasi 6P Bersepadu

PUTRAJAYA, ISNIN, 02 September, 2013:Sebanyak 2, 433 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi 6P Bersepadu yang diadakan semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam operasi di seluruh negara itu PATI dari Indonesia dan Myanmar paling ramai ditangkap iaitu masing-masing seramai 717 dan 555 orang.

"Selain itu, seramai 387 PATI dari Bangladesh dan 229 dari Nepal turut berjaya ditahan.

"Lain-lain warganegara yang turut ditangkap ialah Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, Nigeria, Thailand dan China," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment