200,000 pelajar antarabangsa di IPT seluruh negara
Oleh HANIZA HASSAN dan AZIZI MAJID
NUSAJAYA, KHAMIS, 05 September, 2013: Kerajaan menyasarkan menarik kira-kira 200,000 penuntut antarabangsa untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara menjelang 2020.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hingga kini terdapat lebih 90,000 penuntut antarabangsa dari lebih 100 negara sedang mengikuti pengajian di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, Malaysia kini berada di tangga ke-11 terbesar yang menyediakan perkhidmatan pendidikan dan pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Institut Pembangunan dan Pengurusan Singapura (MDIS) di Educity di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment