My Add

Wednesday, 4 September 2013

93 pelajar Kolej Vokasional Arau keracunan makanan

Oleh SHOLINA OSMAN

KANGAR, RABU, 04 September, 2013: Sebanyak 93 pelajar Kolej Vokasional Arau (KVA) dekat sini terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini mengadu cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala selepas dipercayai makan tengah hari dan makan malam di dewan asrama sekolah berkenaan.

Para pelajar dikatakan mula mengalami gejala keracunan makanan selepas beberapa jam menikmati makan tengah hari pada pukul 1 tengah hari dan makan malam pada pukul 6.30 petang.

Kesemuanya pelajar tersebut telah dihantar ke HTF secara berperingkat-peringkat iaitu sejak pukul 7 petang semalam untuk menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, sehingga hari ini hanya 30 pelajar masih ditempatkan di wad HTF sementara selebihnya sudah dibenarkan pulang dan ada yang menerima rawatan sebagai pesakit luar sejak malam tadi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment