My Add

Wednesday, 4 September 2013

Abdul Aziz dilantik Pengerusi baharu Pernama

KUALA LUMPUR, RABU, 04 September, 2013: Bekas Duta Malaysia ke Perancis, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dilantik sebagai Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Pernama dalam kenyataannya di sini hati ini memberitahu, Abdul Aziz menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Ali (B) yang bersara pada 27 April lalu.

Abdul Aziz, 62, menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 23 April 1969 dan bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1 Februari 2010.

"Pernama berharap dengan pengalaman beliau yang luas dalam angkatan tentera, pelantikan ini dapat membawa Pernama ke satu tahap yang lebih tinggi dan dapat memenuhi kebajikan anggota angkatan tentera dan kualiti hidup mereka," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment