My Add

Wednesday, 4 September 2013

Anthony perlu tunjuk bukti senarai 500 delegasi

SEREMBAN, SELASA, 03 September, 2013: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk mengemukakan senarai 500 anggota delegasi dari Pulau Pinang yang telah mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember tahun lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, jika Ahli Parlimen Seremban itu gagal berbuat demikian, beliau bukan sahaja perlu melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi berkenaan malahan perlu melepaskan jawatan Pengerusi DAP negeri pada pemilihan CEC kali ini.

"Apa yang dapat kita lihat sehingga hari ini, Anthony gagal memberikan bukti senarai 500 delegasi yang didakwanya sebagai bukti.

"Jika benar dia mempunyai bukti berkenaan, kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Inilah sebenarnya penipuan nyata oleh parti DAP yang sering melaung- laungkan ketelusan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dass juga menjelaskan, ekoran kenyataan tersebut, kredibiliti kepemimpinan dan ketelusan Antyhony kini terus dipersoalkan oleh ahli parti.

Katanya, ini dapat dibuktikan apabila nama beliau didedahkan oleh Father Augustus Chen dalam Laporan Equiti yang mendakwa Anthony turut terlibat dalam penipuan CEC pada Disember lalu.

"Saya juga hairan, jika apa yang diperkatakan dalam Laporan Equiti tidak benar mengapa Anthony tidak mengambil sebarang tindakan termasuk membuat laporan polis terhadap tuduhan berkenaan. Apa yang kita dapat lihat di sini apa yang dinyatakan dalam laporan berkenaan adalah benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga mencabar Anthony untuk menyenaraikan kehadiran bagi setiap kertas undi yang diberikan kepada delegasi semasa CEC berjalan bagi mengetahui jumlah pengundi pada hari berkenaan.

"Biarpun saya tahu Anthony akan mengelak untuk menjawab persoalan ini, kita akan berikan dia masa bagi membolehkan dia mengemukakan bukti yang kukuh.

"Apa yang mengecewakan, sehingga kini dia masih gagal untuk mengemukakan perkara mudah itu termasuklah jumlah undi rosak dalam CEC," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment