Tuesday, 3 September 2013

Bantuan kelas pertengahan diumum pada Bajet 2014

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 September, 2013: Kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan pada Bajet 2014, bulan depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima apa-apa manfaat berbanding kelas bawahan.

Katanya, kelas bawahan akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lebih tinggi pada tahun ini.

"Kerajaan mahu menyasarkan bantuan kepada golongan yang tepat berbanding golongan yang tidak layak menerimanya seperti orang kaya dan warga asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis 1Malaysia Enterpreneurs Bootcamp 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment