Kenaikan petrol tidak jejas harga hasil pertanian
Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
KOTA BHARU, SELASA, 03 September, 2013: Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkan kerajaan semalam tidak menjejaskan harga hasil pertanian kepada pengguna.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, walaupun harga minyak dinaikkan , namun harga produk pertanian di ladang sentiasa stabil dan jika ada pun kenaikan pun tidak banyak sehingga membebankan pengguna.
"Seperti yang kita tahu, kos minyak merupakan satu kos pemasaran tetapi jika petani dapat mengeluarkan hasil pengeluaran yang banyak, kenaikan kos tersebut tidak menjadi begitu ketara kepada mereka.
"Jadi, kita mahu pertingkatkan lagi produktiviti pengeluaran pertanian di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri FAMA di Pusat Tansformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment