My Add

Tuesday, 3 September 2013

Kurangkan subsidi akan tingkatkan ekonomi - Pakar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 September, 2013: Langkah kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen ialah satu hala tuju yang betul ke arah pengurusan fiskal yang berhemat dan pada masa yang sama menyalurkan penjimatan daripada subsidi yang rendah itu kepada tujuan pembangunan.

Pakar ekonomi berkata, ia turut menunjukkan kerajaan serius dalam mengurangkan defisit yang mampu melonjakkan penarafan negara yang baru-baru ini telah ditaraf turun oleh syarikat penyelidikan.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berkata pengurangan subsidi seharusnya diperluaskan kepada produk-produk lain juga seperti tenaga elektrik.

Ketua Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain berkata, langkah itu mencerminkan betapa seriusnya kerajaan terhadap pemulihan dasar yang strategik untuk meningkatkan daya saing dan memperbaiki penarafan kreditnya.

"Kami mengalu-alukan subsidi walaupun ia merupakan inflasi. Kami percaya kumpulan pendapatan rendah akan ditawarkan rebat bagi mengimbangi kenaikan kos kehidupan," kata beliau.

Dalam mengumumkan kenaikan harga petrol, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 untuk mengurangkan beban kumpulan pendapatan rendah berikutan penurunan subsidi petrol dan diesel.

Manokaran berkata, beliau tidak terkejut dengan langkah kerajaan untuk menurunkan subsidi bahan bakar dengan naiknya harga RON95 kerana sesuatu mesti dilakukan untuk merancakkan ekonomi selepas ia telah ditaraf turun oleh syarikat penyelidikan.

Beliau menambah yang pengumuman itu seharusnya mengurangkan kebimbangan terhadap penarafan ke atas negara beberapa minggu lepas.

"Sehubungan itu, saya percaya langkah yang diambil oleh kerajaan akan meletakkan negara dalam situasi ekonomi yang lebih baik," kata beliau. — BERNAMA













Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130903/dn_03/Kurangkan-subsidi-akan-tingkatkan--ekonomi---Pakar#ixzz2dohv5jds
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment