Wednesday, 4 September 2013

Laporan nahas bas Genting Highlands peringkat akhir

KUANTAN, RABU, 04 September, 2013: Siasatan polis berhubung nahas membabitkan bas ulang-alik yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands bulan lalu kini di peringkat akhir.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pihaknya sedang mengumpul segala maklumat untuk mencari kesahihan atau punca berlakunya kemalangan terburuk dalam sejarah negara.

"Semua agensi atau jabatan terlibat telah menghantar laporan dan kita akan melakukan siasatan seterusnya.

"Keputusan siasatan itu akan dilakukan secepat mungkin termasuk selepas mendapat keterangan daripada beberapa saksi yang belum stabil dan kini menerima rawatan di hospital," katanya kepada pemberita ketika hadir di Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Markas Pasukan Gerakan Am Kem Galing di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment