Operasi 6P: PATI acu pistol ketika cuba larikan diri
Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, SELASA, 03 Ogos, 2013: Operasi 6P yang dilancarkan sejak awal pagi 1 September lalu telah menangkap 2,586 orang pendatang tanpa izin (PATI) di mana 771 daripadanya merupakan warganegara Indonesia.
Turut ditangkap 579 warganegara Myanmar, Bangladesh (389), Nepal (243) selain rakyat Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, dalam satu serbuan yang dilakukan di Negeri Sembilan, pegawai penguatkuasa telah diacu pistol oleh seorang PATI yang sedang melarikan diri.
"Kejadian itu berakhir tanpa sebarang kecederaan tetapi ia menunjukkan PATI telah mula menggunakan senjata api ketika berdepan pasukan penguat kuasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment