Monday, 2 September 2013

Pengorbanan keluarga perwira tidak dipersia - Najib

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 September, 2013:- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa pengorbanan anggota keluarga perwira negara tidak akan dipersiakan.

Najib, menerusi entri terbaharunya dalam Facebook, berkata perbarisan para perajurit semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 semalam mengingatkan beliau kepada perjuangan wira-wira terdahulu dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.

"Jerih perih mereka, pengorbanan ahli keluarga mereka tidak akan dipersiakan. Ayuh kita semua bersatu demi Malaysia yang satu," katanya.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka semalam, 76 pegawai dan anggota pasukan Komando VAT69 yang terbabit dalam Operasi Daulat semasa mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lepas turut membuat persembahan.

Lebih menyentuh hati, balu anggota-anggota yang terkorban dalam insiden itu tidak dapat menahan kesedihan semasa menyaksikan persembahan khas itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment