Wednesday, 4 September 2013

Penjara mampu tampung tahanan Op Cantas Khas

PULAU PINANG, RABU, 04 September, 2013: Penjara Reman Pulau Pinang mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung banduan baharu khususnya mereka yang ditahan dalam Op Cantas Khas dan Op Bersepadu 6P.

Pengarahnya, Rosoman Abu Bakar berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan ketat mengikut prosedur ditetapkan dan membuat pengasingan khusus terhadap banduan terbabit.

Menurutnya, pemantauan itu perlu bagi mengelak banduan membentuk kumpulan besar sekali gus memastikan proses penahanan berlangsung dalam keadaan selamat.

"Kita telah membuat persediaan rapi walaupun setakat ini belum ada mereka yang ditahan dalam kedua-dua operasi berkenaan dibawa ke sini.

"Setakat ini 90 peratus daripada 818 banduan yang ditempatkan di penjara ini adalah tahanan reman manakala selebihnya telah disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman masing-masing," katanya ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri penjara tersebut malam tadi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment