My Add

Tuesday, 3 September 2013

Pindaan akta beri kuasa lebih kepada polis - Zahid

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

 *AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama para pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) menyanyikan lagu Negaraku semasa menghadiri majlis sambutan siswa di Dewan Tuaku Syed Putera, USM Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN
PULAU PINANG, SELASA, 03 September, 2013: Draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sudah siap dijangka akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis bagi membanteras jenayah secara lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada 23 September ini dan berharap mendapat sokongan rakyat serta parti-parti politik pembangkang.

"Kita juga mahu memastikan akta ini turut diguna pakai di Sabah dan Sarawak menerusi pindaan tersebut.

"Ketika ini Peguam Negara sudah menyiapkan draf pindaan itu dan fasal yang digubal membabitkan langkah pencegahan. Kita akan akan pastikan polis lebih mempunyai taring dalam membanteras jenayah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment